berita

Imam Muda Asyraf Buat Laporan Polis

September 8th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Imam Muda Asyraf membuat laporan polis berhubung penggunaan gambarnya disalah guna di Facebook. Beliau membuat laporan polis sejurus menerima pesanan dari rakannya mengenai posting yang melibatkan aktiviti pelaburan.

Jelasnya, beliau langsung tidak tahu dan terlibat dengan segala jenis bentuk pelaburan ini.

Laporan sudah dibuat

Foto: Imam Muda Asyraf

Laporan polis telah dibuat oleh Asyraf di Balai Polis Bandar Baru Bangi mengenai penggunaan gambar beliau menerusi beberapa akaun Facebook yang berlainan.

Menurut Asyraf posting mengenai saham pelaburan di Facebook itu disebarkan pada tarikh dan nama akaun yang berbeza. Beliau bimbang posting tersebut disalah erti oleh masyarakat dan kemudian akan menyalahkan beliau jika berlaku sebarang kerugian yang berlaku.

Gambar disalah guna

Gambar Imam Muda Asyraf digunakan secara meluas sebagai daya tarikan utama kepada masyarakat untuk membuat pelaburan bersama syarikat itu kerana figura ini cukup meyakinkan semua orang. Pemilik akaun Facebook Ma Trading Service, Elite Group, SmartX dan Uranus Elite Group dikatakan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti menjana wang tambahan melalui internet dan menambah wang pendapatan.

Asyraf membuat laporan polis itu demi membersihkan namanya supaya tidak dipersalahkan jika individu-individu terlibat mengalami kerugian yang tinggi akibat ditipu oleh syarikat berkenaan.

Sumber: Imam Muda Asyraf

SKIP THIS AD ×