Diam tak diam sudah empat hari umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa. ‘Kemeriahan’ Ramadan pastinya tidak lengkap sekiranya tidak mengerjakan solat terawih kan? Jap, korang berapa kali dah pergi terawih?
Bercakap mengenai solat terawih, kami cukup tertarik dengan perkongsian lelaki ini yang menempelak netizen mengenai gaji yang diterima oleh imam terawih. Menerusi Twitter Elhumawy, lelaki tersebut menjelaskan tanggungjawab seorang imam terawih yang mungkin ramai tidak tahu.
Ingat senang ka?
Menurut Elhumawy, tugas seorang imam terawih bukannya mudah seperti yang netizen anggap. Walaupun dibayar dengan harga yang tinggi, tanggungjawab dan amanah seorang imam terawih sangatlah berat.
Seorang imam terawih tidak boleh berbuka puasa dengan memakan makanan yang banyak. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan imam daripada kukurangan nafas ketika beribadat.
Kena buat persediaan setiap hari
Sebagai imam, setiap ayat suci al-Quran perlu dihafal dan dibaca dengan lancar. Mereka perlu melakukan persediaan setiap hari bagi memastikan kelancaran ketika membaca .
Jemput biar berbaloi
Tambahnya, jika mana-mana individu ingin menjemput imam terawih hafiz, mereka seharusnya memberi saguhati yang berbaloi dan setimpal.
Reaksi netizen
Sebahagian netizen sokong mengenai penjelasan lelaki tersebut. Bagi mereka, menjadi imam terawih bukan suatu perkara yang mudah.
Sumber: Elhumawy