berita

Iman Troye, MK K-Clique Nasihat Letak Pelajaran Nombor Satu – ‘Keluarga Ada Harapan Untuk Kita’

December 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

PTTI SPM 2023

Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique menekankan kepentingan ilmu pelajaran dalam kehidupan harian.

Artikel Berkaitan: Iman Troye Beri Ganjaran RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Artikel Berkaitan: Iman Troye Pesan Jangan ‘Study’ Kuat Sangat, Dedah Adik Saudara Koma 4 Bulan Kerana Abai Kesihatan – ‘Makan & Rehat Secukupnya’

Pelajaran nombor satu

MK IMAN PTTI

Menurut Iman, 21, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah. Kata pemilik nama Siti Nur Alyssa Sahabudin, dia bukan sekadar ‘wayang’ tetapi akan berkongsi dan menjawab soalan yang diajukan daripada pelajar-pelajar.

Menjadi duta berat, sebab bila ke siri jelajah bukan hanya membawa nama saya untuk buat persembahan, tapi saya akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.

Saya juga akan meluangkan masa dengan mereka, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan. Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri.

Tambahnya lagi, PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM. Banyak usaha dan program yang diatur untuk membantu anak muda mendapat keputusan cemerlang.

Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma, agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.

Jadi, Saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diatur.

Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian.
PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7.

ptti spm

Bagi pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, pula, segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas kian membuahkan hasil.

Kata MK yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM, dia juga mengutamakan pelajaran dahulu kemudian baru meneruskan bidang nyanyian.

Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk pelajar juga terlalu banyak.

Pelajaran penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita.

Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, belajar sangat penting. Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Nak ramai dapat ‘fully’ A

PTTI

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.

Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.

Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini.

PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.

Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.

Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.ptti.com.my.

SKIP THIS AD ×