berita

Jalin Kolaborasi Dengan Media Prima, PTTI Lancar Misi Bantu Calon SPM 2023 Buat Persiapan Akhir

December 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Media Prima x PTTI

Kurang lebih beberapa bulan sahaja lagi, pelajar tingkatan lima di seluruh negara bakal menduduki peperiksaan penentu masa depan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sudah tentu, pelbagai inisiatif yang dilakukan mereka untuk membantu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Klinik Didik Sedia Bantu Calon SPM 2023!

Kolaborasi Media Prima dan PTTI

Media Prima x PTTI

Sehubungan dengan itu, Media Prima Berhad menerusi saluran ntv7 menjalinkan kolaborasi dengan peneraju dalam pendidikan digital di Malaysia iaitu PTTI dengan memperkenalkan program ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ bagi membantu calon-calon SPM 2023 membuat persediaan akhir mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Seelan Paul kolaborasi yang terjalin ini diharapkan mampu memberi manfaat kepada calon-calon SPM 2023 dengan cara memberikan cara pembelajaran yang lebih mudah dan efektif.

Kami amat mengalu-alukan kolaborasi sebegini untuk mempelbagaikan lagi program pendidikan dan kandungan didik hibur di ntv7.

Kami berharap penonton ntv7 terutamanya calon-calon peperiksaan SPM 2023 akan mendapat manfaat besar daripada program ‘PTTI Pecutan Akhir SPM 2023’ yang memperkenalkan cara pembelajaran mudah, ringkas dan menyeronokkan.

Kenyataan itu turut disambut baik Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman yang berpendapat kolaborasi ini mampu membantu ramai pelajar di seluruh negara dalam melakukan persiapan menduduki peperiksaan SPM 2023.

PTTI merupakan platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula dan teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.

Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Menerusi kolaborasi dengan Media Prima Berhad dimana ntv7 sebagai platform, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar peroleh semua A di Malaysia di SPM 2023 ini.

Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM 2023, inilah peluang anda untuk mengikuti pembelajaran dan teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia daripada barisan tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman.

Bersiaran secara langsung di ntv7 bermula 9 Disember 2023, PTTI Pecutan Akhir SPM’ akan bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi sebanyak 16 episod.

Anda juga ikut Siaran ntv7 secara langsung menerusi siaran tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview CH107, Astro CH147, unifi CH107, dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.

Untuk mengikuti perkembangan dan informasi terkini, layari laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram di @ntv7Malaysia.

SKIP THIS AD ×