Sudah lama mengimpikan cahaya mata perempuan, isteri kepada penyanyi, Tomok iaitu Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada jam 1 tengah hari semalam. Berita gembira tersebut dikongsi oleh Tomok di Instagram. Tahniah!
Baby girl!
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah.
Menurut Tomok, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan bayinya. Tambahnya, kedua-dua mereka berada dalam keadaan yang sihat. Menerusi laporan Berita Harian, Tomok memaklumkan bahawa anaknya itu dilahirkan secara normal dan beratnya pula tiga kilogram. Mengulas lebih lanjut, Tomok memberitahu impian isterinya untuk mempunyai anak perempuan kali ini tercapai jua.
Tahniah Tomok dan isteri
https://www.instagram.com/p/CBAQcWSFHYv/
https://www.instagram.com/p/CBAJkzYAwti/
Terdahulu, Tomok dan isteri memuat naik foto bersama semasa berada di hospital. Melihat foto tersebut, rata-rata rakan artis dan peminat membanjiri ruangan komen sambil berdoa urusan isterinya untuk bersalin dipermudahkan. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian dan Andra yang berusia lapan dan lima tahun.
Sumber: Tomok & Berita Harian