Penyanyi asal Singapura, Imran Ajmain berkongsi fakta menarik mengenai lagu hits miliknya berjudul ‘Dikalung Kasihan’.
Artikel Berkaitan: Imran Ajmain Kongsi Tip Diet, Berjaya Turun Berat Sebanyak 33 Kg – ‘Berhenti Ambil Gula Dalam Minuman’
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Malam Seribu Tahun’ Bukti Imran Ajmain Ada Peminat Setia – ‘Saya Adalah Blueprint’
Fun facts
Imran atau nama lengkap Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain berkata, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan itu sepatutnya dimuatkan dalam sebuah album, namun terpaksa dibatalkan selepas arwah bapanya meninggal dunia.
Lagu ini sepatutnya menjadi single pertama untuk sebuah album tetapi album itu ditunda lalu dibatalkan sepenuhnya selepas pemergian arwah abah saya.
Album Setulus Kasih (EP) dikeluarkan tanpa sebarang lagu sedih atau hiba.
Imran berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Selain itu, kata Imran, bait-bait lirik dalam lagu tersebut juga ada kaitan dengan sebuah dokumentari pendek yang dimuat naik di saluran YouTube.
Lirik ‘luka itu perlu’ merupakan tajuk mini dokumentari 1o minit di YouTube yang dikeluarkan sempena pelancaran lagu ‘Dikalung Kasihan’ yang dipenuhkan dengan footage behind the scene.
Tidak hanya itu, penyanyi berusia 44 tahun tersebut turut memaklumkan terdapat kesalahan ejaan pada tajuk lagu berkenaan.
Lagu tersebut juga dilancar dengan kesalahan tatabahasa BM. Sepatutnya ‘Dikalung Kasihan’ tetapi dikeluarkan dengan ejaan ‘Di Kalung Kasihan’. Akan diperbaiki di semua platform satu persatu.
Menerusi video sama, Imran meluahkan rasa syukur apabila lagu yang diluncurkan pada 2012 kembali mendapat sambutan terutama di platform Tiktok.
Sumber: TikTok