Baru-baru ini, pempengaruh dan model, Dahlia Rizal telah menghadiahkan sebuah motosikal kuasa tinggi jenis Ducati Scrambler buat suaminya, Imran Aqil sempena ulang tahun kelahiran.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Bagi Hadiah Ducati Scrambler Untuk Suami Sempena ‘Birthday’, Netizen Komen ‘Perlu Adik Angkat Tak?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Titip Ucapan Romantik Buat Dahlia Sempena ‘Anniversary’ Pertama – ‘Terima kasih Jadi Pasangan Yang Sekufu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Perjelas Persoalan Netizen Tentang Solat Dengan Solekan Tebal – ‘Make Up Remover Ada’
Terbaru, OhBulan! sempat menemu bual Imran dan bertanya mengenai perasaannya selepas mendapat hadiah tersebut.
Tak sangka dapat motor
Menurut Imran, dia sangat teruja dan gembira apabila menerima hadiah motor idaman. Pada masa yang sama, Imran turut menyatakan rasa bersalah terhadap isterinya kerana sanggup bersusah payah membeli motosikal itu.
Kalau ikutkan saya sangat gembira apabila isteri bagi hadiah motor idaman. Pada masa yang sama saya rasa bersalah dengan dia. Sebelum ini saya kerap berkongsi dengan dia mengenai perihal motor itu. Tak sangka setiap perkara yang saya kongsikan dia ambil tahu dan melakukan kejutan buat saya semula. Memang terkejut. dia minta nasihat daripada pak cik saya semasa membeli.
Tambah Imran, dia tidak berniat mahu menunjuk kebahagian rumah tangga di media sosial apabila memuat naik video menerima kejutan daripada isteri tercinta.
Saya rasa kalau benda yang istimewa macam ini, netizen boleh ambil sebagai satu pengajaran atau penghargaan. Tak ada masalah nak post kerana saya menghargai isteri. Selalunya nak ambil hati perempuan bukan susah. Post apa yang dia bagi sebagai tanda menghargai. Mungkin orang lain boleh ikut contoh sebegini.
Kita ambil dari sudut positif selepas kahwin. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tambahan sekarang ramai pasangan yang bercerai. Orang akan ingat selepas kahwin akan cerai dan gaduh. Tetapi sebenarnya tidak. Boleh ada banyak benda yang positif seperti apa yang saya paparkan di media sosial.
Berbicara lebih lanjut, Imran mengakui dia jarang memuat naik foto bersama isteri sejak kebelakangan ini. Jelas Imran, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak berbuat demikian.
Saya mengaku kurang post sebab nak elak daripada perkara yang tak baik berlaku. Lagi satu saya tak nak orang kata saya tumpang populariti isteri. Saya mengaku dia lebih terkenal dan popular di media sosial.
Isteri sangat pemurah
Imran yang ditemui di Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya, baru-baru ini, turut memuji sikap isterinya yang sentiasa pemurah hati.
Jujur saya cakap, sebelum kahwin dengan dia ramai yang bagitahu Dahlia ni seorang yang pemurah hati. Keluarga bagitahu dia sejenis yang tak berkira langsung dan sanggup membelanjakan wangnya demi keluarga. Sebagai suami saya kagum dan nak buat perkara yang sama.
Ditanya mengenai perkembangan karier pula, Imran berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem arahan Syafiq Yusof.