Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mendedahkan bahawa dirinya pernah tidur di luar bilik kerana merajuk dengan suaminya yang merupakan pelakon, Imran Aqil meskipun baru sebulan mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Dedah Imran Aqil Minta Pakai Stokin & Tutup Dada – ‘Bila Perempuan Berada Di Tangan Lelaki Tepat’
Tanda ‘protes’
Ketika ditemui OhBulan!, Dahlia berkata, dia bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap Imran yang tidak mengemas serta membasuh makan selepas makan.
Kesalahan yang dilakukan Imran kecil saja iaitu dia tidak mengemas dan membasuh pinggan selepas saya menyediakan ayam masak kicap kegemarannya.
Jadi saya pun ambil keputusan tidur luar bilik dan baring di atas sofa ruang tamu. Saya ingatkan dia tidak akan pujuk, tapi dia datang dan dukung saya.
Saya saja gaduh-gaduh manja dengannya sebab saya nak ajar dia supaya tidak mengulangi perkara itu pada masa akan datang.
Saya tak nak dia terbiasa dengan keadaan itu, tapi dia beritahu bukan tidak mahu mengemas sebaliknya terlupa.
Dahlia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis ‘Wawa Glow In Tin’ yang diadakan di Klassy Space, Taman Puchong Prima.
Sementara itu, Dahlia memaklumkan buat masa ini dirinya masih belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata kerana masih belum bersedia.
Sebelum bernikah keluarga saya sudah ajak berbincang mengenai perancangan untuk mendapatkan zuriat kerana mereka nak saya ada anak segera.
Tapi saya beritahu belum bersedia lagi kerana ada keinginan yang saya nak capai dulu.
Jadi untuk mendapatkan apa yang saya hajati, saya perlu bekerja keras. Kalau nak tahu saya susah nak luang waktu dengan Imran sekarang ini kerana saya pulang ke rumah pun jam lapan malam hampir setiap hari.
Kalau nak ada anak sekarang ini, mental dan fizikal saya belum bersedia sepenuhnya. Lagipun saya nak luang waktu dengan suami terlebih dulu dalam tempoh setahun dua ini dan selepas itu ambil cuti kerja untuk fokus mendapatkan zuriat.
Untuk info, Dahlia yang bersuia 22 tahun selamat diijabkabulkan bersama Imran selepas setahun mengikat tali pertunangan pada 9 September yang lalu.