Pempengaruh, Imran Bard akhirnya membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty susulan ‘content’ yang menggunakan nama pelakon itu menerusi hantaran di TikToknya.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Ikut Nasihat Netizen, Berehat Dari Media Sosial
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Kau Kena Saman, Baik Kau Diamlah’ – Lana Nodin
‘Saya, Imran Bard ingin mohon maaf’
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin mengakui kekhilafannya yang telah menyinggung perasaan Ellie Suriaty.
Tambah Imran, tujuan dia menggunakan nama Ellie adalah kerana terlalu minat akan lakonan pelakon hebat tersebut.
Saya, Imran Bard, ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tik Tok Imran yang telah menyinggung perasaan Puan. Imran mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah.
Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video Imran sebelum ni, ia hanyalah parodi random.
Imran, sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang Imran sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video Imran. Secara jujurnya Imran dibesarkan dengan menonton lakonan-lakonan Puan Elly. Walaupun Imran dalam golongan Gen Z tapi Imran sangat meminati genre-genre filem di zaman Puan Elly dulu.
Walau bagaimanapun, Imran mengakui kesalahan Imran bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka.
Imran bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Imran hargai teguran Puan dan Imran akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup.”
Di akhir perkongsian, pempengaruh berusia 24 tahun itu berharap agar Ellie sudi untuk menerima permohonan maaf yang dibuatnya itu.
Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar dilapor kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memperlekeh reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Sumber: Instagram Imran Bard