Selepas menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen, pempengaruh Imran Bard mengaku bersalah susulan menghasilkan konten berunsur songsang atau LGBT.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Dikecam Netizen, Didakwa Buat Video Normalisasi Budaya Songsang?
Artikel Berkaitan: Imran Bard Terkilan Dituduh Murtad & Liberal Isu Susukan Anak Babi– ‘Ustaz Kata Tak Dosa Sebab Bukan Sentuh Atau Makan’
Nafi normalisasikan LGBT
Memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggug, Imran berkata, dia kesal kerana tidak menjaga sensitiviti serta adat kaum Melayu.
Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang dikongsikan baru-baru ini.
Tuduhan bahawa saya menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat.
Saya akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan itu berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu.
Saya amat kesal jika perkara itu telah mengecewakan mana-mana pihak.
Imran membuat permohoan maaf itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya pada Selasa.
Terima teguran
Dalam hantaran sama, pempengaruh asal Melaka itu juga mengambil segala teguran dengan hati terbuka dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam menghasilkan konten.
Saya mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.
Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang kalian semua berikan.
Terdahulu, Imran memuat naik sebuah konten memaparkan aksi mesra dengan seorang lelaki.
Lebih mengundang kecaman apabila Imran dilihat berpelukan lelaki terbabit sekali gus disifatkan sebagai keterlaluan oleh netizen.
Sumber: Instagram