Isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang artis dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dia Sedar Apa Yang Dia Cakap, Dia Takkan Cakap Semua Benda’ – Ina Naim
Artis mana?
Memetik laporan Harian Metro, Ina berkata, khabar angin tersebut tidak benar sama sekali.
Artis mana pula nak dengan Ina ni? Dah la anak ramai.
Terdahulu, viral khabar angin yang mengatakan kad jemputan hari bahagia pasangan selebriti itu sudah diedarkan di kampung Ina dekat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Sekadar info, Ina mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team meninggal dunia pada 15 November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Sumber: Harian Metro