Sebelum ini, isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang artis dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Ina Naim Nafi Bakal Kahwin Dengan Artis Dalam Masa Terdekat
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dia Sedar Apa Yang Dia Cakap, Dia Takkan Cakap Semua Benda’ – Ina Naim
Terbaru, memetik laporan Harian Metro, anggota kumpulan nasyid Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam menafikan dakwaan dirinya bakal berkahwin dengan Ina Naim.
Demi Allah
Menurut Isman, dia tidak tahu sama ada Ina akan berkahwin ataupun tidak. Tambah Isman, dia tidak ada kena-mengena dengan cerita perkahwinan yang viral sejak kebelakangan ini.
Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan.
Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (gosip perkahwinan).
Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebutkan.
Tambah Isman, cerita berkaitan perkahwinan ini tidak elok untuk dijadikan bahan perbualan berikutan Ina seorang balu yang baru sahaja kehilangan suaminya.
Memanglah saya baik dengan Ina, tak dinafikan. Saya baik bukan saja dengan Ina seorang, tetapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya juga. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.
Tapi baiknya saya dengan Ina, janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya. Malah, kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung.
Sumber: Harian Metro