berita

Inai Di Jari Kuatkan Spekulasi Pernikahan Jue Aziz & Gitaris Dari Indonesia

May 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-12 at 11.16.04 AM

Pernah menjalin hubungan cinta dengan Jehan Miskin, pelakon yang terkenal dengan imej seksi ini didakwa telah bernikah secara senyap di Indonesia dengan seorang gitaris kumpulan DV8, Bayu Daniels.

Malah, pelakon itu dikatakan bersikap lebih terbuka di kalangan rakan sekerja dan kru produksi apabila sering membawa jejaka tersebut ke lokasi penggambaran dan sekaligus memperkenalkan Bayu sebagai suaminya.

Terkini menerusi laporan Metro, inai di jari Jue yang dilihat ketika Bayu mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka baru bernikah beberapa bulan yang lalu.

Screen Shot 2014-05-12 at 11.17.24 AM

Foto yang dikongsi oleh Bayu Daniels menerusi laman Instagramnya

“Happy mothers day cinta @jueaziz_22 ..wish u always be a good mother for our kids :* God bless u always…Amin“

Malah, apa yang lebih menarik, Bayu telah memuatnaik foto bersama Jue dengan caption ucapan bersempena sambutan hari ibu semalam.

Apapun, jika benar bagai dikata, tahniah diucapkan kepada pasangan ini dan rasanya lebih molek jika mereka tampil mewar-warkan berita baik ini kepada orang ramai.

Kredit Foto: Instagram Jue Aziz & Bayu Daniels

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×