
Seorang pengguna media sosial mempersoalkan tindakan segelintir sukarelawan wanita berstatus isteri dan ibu yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Artikel Berkaitan: Netizen Pertahan Aktivis GSF, Kongsi Video Bantuan Banjir – ‘Mereka Dituduh Sibuk Dengan Gaza, Tak Tolong Rakyat Malaysia’
Dikecam sertai GSF
Individu terbabit menyifatkan keputusan tersebut sebagai kurang bijak, malah mempersoalkan tindakan mereka meninggalkan anak kecil demi menyertai misi berkenaan.
Sanggup tinggalkan anak kecil di rumah untuk menghantar bantuan yang tak akan sampai pada Palestin adalah kebodohan yang nyata.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya dengan ada yang bersetuju dan segelintir tidak.
Isu tersebut turut menarik perhatian pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa yang tampil memberikan respon terhadap kenyataan berkenaan.
Bila nanti Allah tanya aku ada jawapannya.
Dalam satu hantaran lain, Nadzmi menjelaskan dia hanya mengharapkan doa daripada orang ramai buat isterinya, Ardell Aryana yang menyertai misi GSF 2.0 namun berdepan kecaman daripada segelintir pihak.
Minta doakan tapi dihina pula. Allah dah tulis perjalanan kita. Kalau Allah tak izin tak jadi dan kalau Allah tak izin mesti tak pergi.
Siapakah kita menidakkan takdir yang Allah tetapkan? Kan? Wallahualam. Kepada isteri dan sahabat-sahabat saya dalam Sumud, maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Terus Sumud. Allah tahu niat kalian.
Selain Ardell, penyanyi dan aktivis Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani Helmi turut terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut.
Difahamkan, setakat ini empat kumpulan delegasi Malaysia bagi GSF 2.0 telah berlepas bagi menjayakan misi berkenaan.
Misi Global Sumud Flotilla 2.0 dijadualkan berlepas pada 12 April ini dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju ke Semenanjung Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Sumber: Threads