berita

Individu Berpelukan Semasa AJL Dikompaun RM1,000 Langgar SOP

March 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis menerusi laporan Harian Metro, mengesan tindakan sekumpulan individu yang dikatakan berpelukan semasa Anugerah Juara Lagu (AJL36) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Ahad lalu.

Tidak mematuhi SOP PPN

Ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof, gambar tersebut telah dikesan oleh pihak polis selepas dipercayai dimuat naik oleh oleh sebuah portal berita dan Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya lagi, semua individu yang terlibat sudah dipanggil bagi membantu siasatan berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).

Pada masa yang sama, Naazron turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×