
Seorang individu mendakwa berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila pempengaruh, Aisar Khaled didakwa mengganggu keselesaan penumpang lain ketika dalam penerbangan.
Artikel Berkaitan: ‘Keterlaluan, Kamu Buat Banyak Masalah’ – Pablo Amirul Tolak Permohonan Maaf Aisar Khaled
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terharu Lihat Guru Mengaji Berjalan Kaki, Aisar Khaled Taja Umrah & Hadiah Motor
Individu tegur Aisar Khaled

Menerusi hantaran di Threads, individu itu mendakwa kaki pempengaruh berkenaan diletakkan hingga memasuki ruang tempat duduknya sebaik pesawat berlepas, malah beberapa kali terkena kerusinya.
Sejak pesawat mula berlepas, kaki dia naik ke tempat duduk saya.
Kaki dia asyik terkena tempat duduk saya (mungkin sebab kaki dia panjang), tapi dah tahu tinggi, sekurang-kurangnya naiklah kelas perniagaan.
Ujarnya lagi, meskipun sudah menegur namun teguran itu tidak diendahkan malah perkara sama masih berulang sepanjang penerbangan.
Dah ditegur pun masih buat perkara yang sama. Akhirnya masa pesawat mendarat, saya ambil gambar dan baru tahu rupanya dia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan tersebut selain menyifatkan sedemikian tidak sepatutnya berlaku.
Mereka juga mengingatkan bahawa pentingnya menjaga adab dan menghormati keselesaan penumpang lain ketika dalam penerbangan.
Sumber: Threads








