Timbul teka-teki di antara warganet apabila seorang individu tampil membuat pengakuan tentang hubungan istimewa yang terjalin secara rahsia bersama seorang artis terkenal.
Artikel Berkaitan: Suami Tusuk Isteri Sampai Mati Ketika Berkaraoke Di Live Facebook, Penonton Jadi Saksi Pembunuhan
Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Skandal’ Dengan Jofliam, Dewi Minta Jangan Kecam Keluarga – ‘Mereka Tiada Kena Mengena Dengan Isu Ini’
‘Tolong saya’
Menerusi aplikasi X, individu yang berusia 26 tahun itu meminta pertolongan untuk meninggalkan perkara keji namun, mengakui tidak boleh melupakan penyanyi terkenal tersebut.
Saya skandal dengan artis terkenal. Sebut je nama mesti semua orang tahu lagu dia.
Saya perlukan pertolongan. Saya betul-betul tak boleh lupakan dia.
Macam orang tak betul, pergi mana-mana mesti terdengar lagu dia dan teringat kembali momen kami bersama.
Dah tidak tahu nak buat macam mana. Dia selalu ada untuk saya.
Pengakuan yang dibuat individu itu meninggalkan tanda tanya kepada warganet.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, dilihat rata-rata netizen membuat spekulasi sendiri mengenai luahan individu tersebut.
Sumber: Aplikasi X