Seorang individu menasihati selebriti media sosial, Kasih Iris Leona untuk melakukan pemeriksaan kesihatan susulan didakwa berpontensi menghidap penyakit tiroid.
Artikel Berkaitan: Leona Dedah Belum Terima Permohonan Maaf, Dakwa Ex BFF Tidak Mahu Berbaik – ‘Saya Call, Text Dia Tak Jawab’
Artikel Berkaitan: Leona Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman – ‘Jangan Anggap Kami Ada Pertalian Darah, Kami Akan Ada Pandangan Sama’
Hidap tiroid?
Kata individu berkenaan, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu didakwa mempunyai simptom Hipertiroidisme disebabkan bahagian lehernya kelihatan sedikit bengkak.
Leona, mungkin boleh pergi check leher awak. Macam ada simptom Hyperthyroidisma.
Saya bukan red flag tapi saya ada thyroid, jadi auto perasan kalau nampak leher orang lain bengkak sikit.
Individu terbabit memaklumkan perkara itu di ruangan komen pada sebuah video di TikTok milik Leona.
Sementara itu, individu tersebut turut berkongsi pengalaman menjalani rawatan sebagai ikhtiar untuk sembuh daripada sakit yang dialaminya.
Untuk pengetahuan korang, saya sembuh dengan rawatan RAI. Dulu mata pun dah mcm nak terbeliak. Sekarang cuma fight dengan badan cepat naik.
Sekadar info, Hipertiroidisme ialah peningkatan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid.
Di bawah kawalan hormon merangsang tiroid (TSH) dari pitituari, kelenjar tiroid menghasilkan hormon-hormon tiroid tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3).
Sumber: TikTok