Baru-baru ini pempengaruh berbakat besar, Zhiddin Aziz meluahkan kekecewaanya selepas Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) yang didakwa sepatutnya menjadi miliknya digugurkan saat akhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Aziz Desa Sedih Kemenangan Anugerah Ikon Belia Digugurkan Saat Akhir – ‘Kurang 24 Jam Dapat Panggilan, Mereka Batalkan’
Tak formal hantar e-mail?
Terbaharu, seorang individu tampil memuat naik satu gambar di aplikasi X yang memaparkan tata cara penulisan yang digunakan Zhiddin sewaktu menghantar gambar yang diminta pihak sekretariat APBN dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui e-mail.
Menurut individu tesebut, gaya penulisan yang digunakan Zhiddin yang juga merupakan anak kepada pengacara popular era 90-an iaitu arwah Aziz Desa disifatkan sebagai tidak profesional.
Kalau macam ni la gaya ‘diva’ reply e-mail, patut la kena cancel.
Aku akan reject awal-awal fresh grad kalau e-mail macam ni.
Ciapan dibuat individu itu ternyata meraih perhatian ramai sehinggakan dirinya dikecam oleh seorang lagi individu di aplikasi X.
Netizen pertahan Zhiddin
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu dilihat membidas pendapat lelaki berkenaan dengan mengatakan bahawa gaya penulisan yang digunakan Zhiddin adalah sesuai kerana menganggap pemintaan gambar yang dibuat oleh sekretaria APBN bukanlah satu urusan rasmi.
Menurutnya lagi, pihak KBS tidak sewajarnya melakukan sedemikian kepada Zhiddin sewaktu hari penyampan anugerah tempoh hari.
Tidak berdiam diri, lelaki berkenaan sekali lagi bersuara dan menyuarakan pendapatnya bahawa sesiapa sekali pun perlulah bersikap profesional dan menggunakan gaya penulisan yang lebih beretika dan berprotokol ketika membalas e-mail meskipun ia bukanlah berkaitan dengan urusan yang tidak rasmi.
Terdahulu, Zhiddin meluahkan rasa kecewanya selepas mendakwa menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur mengenai pembatalan kategori Ikon Belia menerusi hantaran di Tikok.
Menurut Zhiddin dia turut berasa kesal apabila tiada sebarang penjelasan dibuat daripada pihak penganjur kepadanya.
Terbaharu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memaklumkan bahawa pihaknya akan mengaturkan pertemuan bersama Zhiddin bagi merungkai serta menyelesaikan isu yang sedang dibangkitkan pempengaruh tersebut.
Posting Adam Adli
Kami faham perasaan dan mungkin ketidakpuasan hati Zhiddin berkait isu tempoh hari. Beliau bebas untuk luahkan perasaan menerusi medium pilihannya.
Zhiddin ada potensi yang baik sebagai contoh buat golongan belia. Banyak ruang yang tersedia buat beliau; malah beliau sendiri…
— Adam Adli (@AdamAdli) November 12, 2023
Sumber: Aplikasi X