
Pasangan personaliti media sosial Umisya Mazlan dan Aslam, sejak kebelakangan ini sering berkongsi momen mereka bersama selain melakukan sesi siaran langsung di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Dilabel Selekeh Pakai ‘Baggy’, Aslam Bidas Komen – ‘Dari Kau Pakai Sendat, Tak Selera’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Kuat, Saya Menangis Belakang Kamera’ – Umisya Mazlan
Pasangan bahagia

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aslam dan Umisya dilihat sedang meluangkan masa dan mereka kelihatan sangat mesra.
Pada ruangan komen pula, seorang individu mendedahkan bahawa Aslam pernah menghadiahkan Umisya gelas emas.
Pasangan ini datang ke kedai emas bulan lepas. Memang sweet sebab Aslam belikan Umisya gelang tangan hampir RM10k, seller sumpah terharu.
Apa-apa pun saya harap mereka bahagia selamanya.
Doa netizen
Dalam masa yang sama, warganet turut terharu kerana Aslam atau nama lengkapnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid, dipercayai sedang mencuba untuk memperbaiki hubungan dengan isteri pertamanya itu.
Justeru, mereka mendoakan agar pasangan tersebut dapat menempuh semua ujian rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.
Nampak Aslam bersungguh nak betulkan semua balik.
Sebak pula saya, suka tengok cara Aslam layan Umisya macam ini.
Seronoknya tengok Misya gembira macam ini. Alhamdulillah, semoga hubungan Misya dan Aslam kekal bahagia hingga ke jannah.
Misya sudah berkorban semuanya demi anak, Aslam pupuklah rasa kasih sayang dengan mereka. Bila anak besar dia akan ingat ayahnya yang bahagiakan ibunya.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)