Anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Talita sekali menjadi perhatian apabila dia diupah sebanyak RM5,000 untuk sesi siaran langsung (live) di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Sedih Netizen Perburuk Shuib, Cakap Acah Nak Jadi Artis – ‘Dia Kata Saya Nyanyi Tak Bagus’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Terharu Terima Bayaran ‘Show’ & Review Produk, Netizen Pesan Jangan Lupa Bersedekah – ‘Kongsi Rezeki Dengan Keluarga’
Bayar Talita jadi ‘live host’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, seorang usahawan iaitu Yana memuat naik paparan layar perbualannya bersama isteri Shuib, Watie Hanifiah, yang membincangkan mengenai kerjasama Talita sebagai ‘live host’ di TikTok.
Dalam hantaran tersebut, Yana turut berkongsi resit pembayaran bernilai RM5,000 yang dihantar kepada Watie. Menerusi kapsyen yang ditulis, Yana menjelaskan bahawa jumlah tersebut merupakan bayaran kepada Talita bagi sesi siaran langsung selama satu jam.
Selesai bayaran untuk Talita Shuib selama 1 jam.
Tidak dinafikan, populariti Talita dalam dunia media sosial semakin meningkat dan mendapat tempat di hati peminat. Malah keberaniannya dan kepetahannya berbicara ketika sesi siaran langsung di TikTok sebelum ini turut menerima pujian ramai.
Kehadiran figura popular ini juga sedikit sebanyak membantu melonjakkan jenama dan menarik perhatian pengguna di platform media sosial.
Sumber: Instagram Missyana99_