Pelakon, Uqasha Senrose dilihat kekal tenang berdepan komen negatif meskipun isu pergolakan rumah tangganya terus menjadi perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Maafkan Uqasha Senrose Isu Persoal Status Nikah – ‘Saya Ada Kekurangan, Tak Salahkan Dia Sepenuhnya’

Tenang

Walaupun isunya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, namun pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memilih untuk tidak melayan dan menumpukan perhatian pada diri serta keluarga.

Menerusi tinjauan OhBulan!, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menerima komen seperti ‘kacip’ yang membawa maksud negatif pada hantaran terbarunya di media sosial.

Bagaimanapun, Uqasha memilih untuk menegur tindakan individu itu dan berharap ia tidak berulang kembali.

Awak kenapa? Kalau tiada benda yang baik nak cakap, tidak perlu kacau orang macam itu.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman dengan suaminya, Kamal Adli.

Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira berusia 19 bulan.

Sumber: Instagram