berita

Individu ‘Show Off’ Kekayaan Luar Biasa Di Media Sosial Akan Disiasat LHDN

November 10th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Selepas ini anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum ‘show off’ kekayaan di akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi laporan Berita Harian bakal menubuhkan satu unit khas bagi meneliti dan menyiasat mana-mana individu atau pemilik perniagaan yang menunjukkan sebarang harta kekayaan luar biasa di media sosial.

Periksa rekod pengisytiharan pendapatan

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Syarein Abu Samah berkata, unit ini akan melakukan risikan terhadap individu atau pemilik akaun yang mempamer kekayaan luar biasa dan disiasat sebelum diambil tindakan susulan.

Perkembangan media sosial pada masa kini banyak mempengaruhi kehidupan segelintir individu yang gemar berkongsi mengenai pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

Justeru, melalui unit ini LHDN akan semak sama ada individu itu sudah mempunyai rekod pengisytiharan pendapatan atau belum dan sejauh mana kekayaan yang ditunjukkan itu setara dengan rekod berkenaan.

Tambah Syarein, LHDN akan menghantar surat meminta penjelasan daripada mereka jika ada unsur keraguan terhadap rekod berkenaan. Namun mereka yang tidak melakukan kesalahan di bawah akta LHDN tidak perlu bimbang untuk berkongsi kekayaan dan kemewahan masing-masing.

Apa yang LHDN lakukan ini bukan ingin menyusahkan atau bertindak kejam terhadap mereka sebaliknya kita mahu bersikap adil kepada semua pihak terutama pembayar cukai.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×