Pelakon Indonesia, Aghniny Haque, memaklumkan bahawa filem Khadam merupakan pengalaman pertamanya membintangi karya antarabangsa menerusi kerjasama dengan produksi luar.

Artikel Berkaitan: ‘Seronok Dapat Bekerja Dengan Orang Malaysia, Mereka Mesra & Peramah’ – Aghniny Haque

Artikel Berkaitan: Saya Dapat Tamparan Daripada Remy Ishak, Pipi Jadi Merah’ – Aghniny Haque

Serumpun

Ketika ditemui OhBulan!, Aghniny memaklumkan dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran berlangsung walaupun keseluruhan produksi dijalankan di negara ini.

Kata Aghniny, faktor keserumpunan antara negara Indonesia dan Malaysia memudahkan proses kerja, termasuk penggunaan bahasa Melayu yang mudah difahami serta persamaan dari segi budaya dan makanan yang hampir serupa.

Filem Khadam ini sebenarnya filem antarabangsa saya yang pertama bekerja dengan produksi dari luar Indonesia.

Tetapi walaupun penggambaran penuh di Malaysia sahaja, saya tetap okay.

Sebabnya, antara Indonesia dan Malaysia itu serumpun.

Mudah untuk bahasa saya faham walaupun bercakap dalam bahasa Melayu.

Makanan juga tidak jauh beza dan budaya hampir sama.

Aghniny berkata demikiam ketika ditemui pada sesi ekslusif Content Day filem Khadam di Holiday Inn Bangsar.

Dalam masa sama, aktres filem ‘KKN Desa Penari’ itu turut berkongsi terdapat perbezaan dari sudut proses produksi, antaranya tempoh penggambaran di Indonesia yang biasanya lebih singkat berbanding di Malaysia, yang boleh mengambil masa sehingga kira-kira tiga bulan.

Cuma, dari soal bekerja di set penggambaran itu ada perbezaan dirasakan.

Kalau di sini shooting agak lama kira-kira tiga bulan, tapi di Indonesia pula kurang dari tempoh itu.

Tenaga kerja di belakang tabir juga tidak begitu ramai di Malaysia sekitar 60 orang dan InsyaAllah semua nama saya boleh ingat dan kenal muka mereka.

Kalau di Indonesia, kru sahaja ada seramai 200 orang.