
Pelakon Indonesia, Aghniny Haque mendedahkan bahawa dia menerima beberapa kali tamparan sebenar ketika menjalani penggambaran filem ‘Khadam’ yang dibintanginya bersama aktor Datuk Remy Ishak.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Apa Yang Serius, Kalau Buat Filem Aksi.. Kecederaan Kecil Itu Normal’ – Remy Ishak
Artikel Berkaitan: Qodrat 2 Gegar Pawagam Malaysia! Filem Seram Aksi Dengan Sentuhan Emosi & Agama
Tampar banyak kali untuk shot berbeza

Ketika ditemui OhBulan!, Aghniny, 29, menjelaskan adegan tersebut sememangnya telah ditetapkan dalam skrip dan memerlukan watak yang dilakonkan menerima tamparan.
Namun, penggambaran bagi babak tersebut terpaksa diulang beberapa kali untuk mendapatkan shot yang berbeza.
Saya dapat tamparan daripada Remy Ishak.
Betul-betul punya tamparan sebagaimana mengikut skrip yang ditulis.
Dalam skrip itu ada, satu babak yang memerlukan tamparan tidak hanya sekali.
Saya sepatutnya dapat tiga tamparan, tetapi tidak mungkin hanya satu ‘take’ sahaja.
Kena ulang lagi, minimum saya dapat 25 kali tamparan.
Selepas itu, pipi saya kelihatan merah dan jurusolek terpaksa menutupinya.
Itu bukan kira ‘cheat slap’, ianya bagus juga bagi emosi saya.
Aghniny berkata demikian ketika ditemui pada sesi eksklusif Content Day filem Khadam di Holiday Inn Bangsar, pada Rabu.
Pilih karakter yang mencabar

Dalam pada itu, aktres filem ‘KKN Di Desa Penari’ mengakui lebih gemar mendalami watak dalam filem berbanding produksi televisyen kerana format penggambaran filem yang lebih memberi ruang untuk proses penghayatan emosi yang mendalam.
Saya suka mendalami karekter dan itu membuatkan saya berada di filem.
Kalau berlakon untuk sinetron di televisyen, semua itu untuk watak serba cepat.
Kadang-kala, kita belum boleh proses sebaiknya.
Begitu juga emosi saya yang perlu marah, di televisyen akan membuat saya keliru sama ada sudah betul-betul marah atau tidak?
Macam agak kompleks, sebab itu biar saya dalami watak di filem dulu.
Tambahnya lagi, pemilihan projek lakonan bukan bergantung kepada genre semata-mata, sebaliknya kepada kekuatan serta cabaran karakter yang ditawarkan.
Untuk berlakon filem, saya tidak melihat kepada genre karya itu, tetapi lebih kepada karekter.
Bagaimana jiwa sesuatu watak yang saya dapat mencabar dan menarik, saya pasti akan ambil.
Bercerita lanjut, Aghniny berkongsi bahawa dia berasa selesa sepanjang berada di Malaysia ketika menjalani penggambaran filem Khadam, malah tidak pulang ke Indonesia selama tiga bulan.
Saya gembira selama tinggal di Malaysia.
Sudah tiga bulan saya tidak pulang ke Indonesia sepanjang terikat dengan penggambaran filem Khadam.
Saya berasa sangat tenang selama tinggal di sini.
Mungkin juga dari segi bahasa Melayu di Malaysia boleh saya fahami, budaya di sini juga tidak jauh berbeza dari Indonesia, orang-orangnya baik-baik dan makanan banyak yang sedap.






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

