berita

Inflasi- Apakah Langkah Malaysia Untuk Memperkukuh Bekalan Makanan Negara?

November 14th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Kredit foto: Dagang News

Dunia kini sedang menghadapi kemerosotan ekonomi yang berada ditahap membimbangkan.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pierre-Olivier Gourinchas (memetik laporan dari Berita Harian), keutamaan kritikal bagi pembuat dasar kini adalah mengawal kenaikan inflasi.

Kalau korang nak tahu, kenaikkan kadar faedah merupakan antara langkah yang perlu dilakukan sehingga inflasi reda lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga ekonomi utama kini menghampiri 10 peratus.

Kemelestan ekonomi ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang api dan juga harga makanan.

Hal ini menimbulkan persoalan dari kalangan penduduk Malaysia, apakah langkah yang diambil kerajaan untuk menghadapi masalah ini.

Antara langkah kerajaan untuk mengukuhkan jaminan bekalan makanan negara

Ekoran daripada masalah ekonomi tersebut, pihak kerajaan telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia disaat getir ini.

Pasukan ini berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat dari semua pihak sama ada kementerian atau agensi malahan orang ramai bagi merangka strategi yang  efektif bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi.

Sekatan eksport serta tangani eksploitasi & manipulasi orang tengah juga dilaksanakan

Kredit foto: Utusan Borneo

Selain itu, pihak kerajaan juga bertindak untuk membatalkan kelulusan kelulusan kuota import (AP), laksana sekatan eksport ayam dan wujudkan stok simpanan ayam dan ikan.

Kerajaan buat pertama kalinya memberikan subsidi sebanyak RM1.1 billion bagi meringankan beban penternak ayam sekaligus memastikan bekalan ayam dan telur mencukupi.

Eksploitasi dan manipulasi orang tengah juga ditangani menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan makanan melalui pembukaan:

  • Pusat pembelian padi
  • Pusat pengumpulan buah-buahan dan
  • Penambahan Pasar Pani dan Pasar Nelayan

Keputusan dari langkah ini dapat dilihat apabila bekalan ayam kini kembali normal tetapi harga syiling ayam juga dapat ditetapkan lebih rendah iaitu RM9.40 sekilogram.

Subsidi minyak masak juga dikekalkan

Kredit Foto: Media Mulia

Walaupun cabaran peningkatan kos sara hidup semakin meningkat, kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak masak dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk tahun 2022 berbanding RM500 juta pada tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada tahun 2021.

Sebanyak 60,000 tan metrik minyak disubsidi oleh kerajaan sebulan melebih kepeluan sebenar pengguna iaitu 55,000 tan metrik sebulan.

Menjadikan subsidi yang ditanggung kerajaan adalah RM2.50 bagi satu kilogram berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9 untuk 1 kg untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40.

Langkah & strategi berorientasikan perdagangan, pengeluar dan pengguna diperkenalkan

Kredit Foto: Utusan Malaysia

Tidak terhenti disitu, terdapat beberapa langkah lain yang dilakukan bagi memastikan segala hasil titik peluh rakyat Malaysia dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri.

Kerajaan bergerak membuat beberapa lagi langkah seperti:

  • Kurangkan kebergantungan import,
  • Tarik pelabur asing dalam projek sektor agro makan
  • Galakkan penglibatan agresif agensi kerajaan, GLC, GLIC. dan pihak swasta
  • Kukuhkan sinergi kerajaan persekutuan & negeri dalam tingkatkan keluasan tanah pertanian serta;
  • Laksanakan bantuan subsidi, geran dan dana bantu pengusaha dan pemain industri sepanjang rantaian nilai.

Hampir setiap aspek diambil kira bagi memperkukuh sekuriti bekalan makanan negara termasuklah merangka dasar sekuriti makanan secara holistik dimana Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dibangunkan.

Dengan ini, kesemua pihak dapat dibantu lantas mengurangkan masalah pengurangan bekalan makanan negara.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×