Pempengaruh media sosial, Andrea Ivanova yang mendakwa dirinya mempunyai bibir paling tebal di dunia mendedahkan kini dalam misi mencari cinta.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Rancang Untuk Mati’ – Jutawan Dedah Makan 80 Pil Setiap Hari Untuk Hidup Selamanya
Mahu lelaki yang terima diri seadanya
Memetik laporan Daily Star, Andrea memaklumkan bahawa pernah mencari cinta sebelum ini namun misinya itu terbantut.
Hal ini kerana, meskipun mendapat perhatian ramai lelaki di media sosial namun saiz serta bentuk bibirnya yang besar menyebabkannya sukar untuk mencari cinta sejati.
Jika teman lelaki malu untuk berjalan dengan saya kerana rupa paras saya, maka lebih baik kami putus.
Sudah tentu saya akan berkecil hati. Saya mahu pasangan yang terima diri ini dan terima penampilan saya.
Saya ingin bercinta dan berjumpa orang yang tepat dalam hidup saya kerana cinta merupakan perkara terindah dalam kehidupan.
Sekadar info, Andrea mula tular dan meraih populariti di media sosial selepas membuat suntikan membesarkan bibirnya.
Sumber: The Daily Star