Pempengaruh media sosial iaitu Rumaisyah Yahya dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM100 di sebuah pasar raya pada Rabu.
Influencer curi barang, dipenjara
Hukuman tersebuh dikenakan selepas sertuduh yang berusia 31 tahun itu mengaku bersalah mencuri beberapa barang termasuk pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, dan sayur brokoli berjumlah RM108.18. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga hari lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di pasar raya sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang, sekitar jam 4.30 petang, 1 November lalu. Kes tersebut kemudian disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.
Menurut fakta kes, Rumaisyah yang juga merupakan seorang pengajar yoga dipercayai mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa tanpa membuat sebarang pembayaran. Tertuduh kemudian gagal mengemukakan resit pembelian kepada pengawal keselamatan yang bertugas.
Peguam yang mewakili tertuduh iaitu Muhammad Rhastdan Abdul Wahab memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.
Sumber: Berita Harian