Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kisah seorang pempengaruh bernama Elcah, apabila disahkan sudah bercerai selepas hanya lapan hari mendirikan rumah tangga bersama bekas suami yang dikenali sebagai Amai.
Artikel Berkaitan: ‘Instafamous’ Dakwa Bekas Suami Minta Poligami, Kena Jaga Perempuan ‘Skandal’ & Bayi?
Artikel Berkaitan: ‘Aku Nak Cerai Sebab Tak Sanggup Poligami Dengan Perempuan Gila Tu’ – Influencer Ditalak Lepas 8 Hari Nikah
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Sah Bercerai Talak Satu – ‘Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan’
‘Yes you win’y
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Elcah berkongsi semula perbualannya bersama bekas suami ketika mereka hadir di mahkamah. Menurut Elcah, dia mengetahui segala punca yang berlaku sehingga suaminya itu bertindak menceraikanya.
Malah, dia turut memberikan ‘kemenangan’ kepada bekas madunya.
Aku tahu dia macam janggal tapi aku buat biasa dan tegur dia macam biasa sebab aku tahu dia macam mana.
Lepastu aku tanya dia ‘kenapa awak buat macam ini? Sebab dia (madu) ke?’ , dia diam sahaja.
Aku cakap aku tahu segalanya dan aku nak bagitahu la buat si perempuan (madu), yes! You win, aku bukan la seperti kau cakap ‘juara tanpa bertanding’
‘Ubahlah perangai’
Menerusi hantaran sama, Elcah atau nama sebenarnya Adel Asha mendedahkan dia pernah berpesan kepada diri sendiri untuk berundur secara baik sekiranya bekas suami memilih untuk hidup bersama madunya itu.
Tidak mengapa, saya bagi apa yang awak mahu dan jangan kacau aku dah. Jangan nak suruh dia buat aku begitu dan begini. Awak ambil jela, lagi pun kita pernah jumpa dan aku sendiri janji.
Kalau dia pilih awak, saya sendiri akan berundur dan saya tidak akan kembali untuk rampas merampas. Dan Amai serta keluarga tidak tahu ke mana saya akan pergi. Jangan risau saya tidak akan ambil cinta korang.
Dalam masa sama, pempengaruh itu turut menitipkan ucapan buat bekas madunya untuk sentiasa mengambil berat dan menjaga bekas suami.
Aku nak kau jadi lah wanita yang memberi tempat untuk dia bersandar dan rasa cinta serta sayang yang selayaknya dia dapat. Satukan semula dia dan keluarga dia. Mak sayang kan anak dia, Amai. Ubahlah diri kau jadi yang terbaik ok, itu sahaja. Jaga diri.
Terdahulu, Elcah mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami selepas lapan hari melayari bahtera rumah tangga. Menurut Elcah, lafaz cerai dibuat oleh bekas suami pada 19 April lalu.
Sumber: TikTok