Seorang pempengaruh media sosial membantah sekeras-kerasnya penganjuran Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada Rabu ini.
Artikel Berkaitan: Gelar Penonton Konsert Coldplay Sebagai Bodoh, Ustaz Ditegur Netizen – ‘Tiket Tu Dah Lama Terjual’
Artikel Berkaitan: Penganjur Minta Penonton Berhemah Datang Konsert Coldplay – ‘Individu Berniat Jahat Tak Dibenarkan Masuk’
Batal konsert
Menerusi video di TikTok, ‘influencer’ itu memohon kerjasama daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan konsert kumpulan muzik terkemuka dunia.
Kata wanita yang sedang memakai telekung bersama ‘contact lens’, sebagai umat Islam, kita perlu menghormati dengan nasib saudara di Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman rejim zionis.
Buktikan yang anda seorang Perdana Menteri yang baik dengan membatalkan program ini. Rakyat kita atau saudara sesama Islam kita di Palestin tengah merana, berjuang untuk hidup.
Tapi di Malaysia, ada Coldplay macam ini. Masya-Allah jangan ganggu urusan kami, jangan ganggu sekolah saya. Secara lantang bersuara!
Tapi di mana menteri-menteri yang memperjuangkan hak agama Islam di Malaysia. Buktikan anda semua terbaik dengan membatalkan program seperti ini.
Difahamkan, video itu telah dipadam selepas menerima pelbagai respon daripada warganet. Bagaimanapun, rakaman itu telah tular di media sosial.
Netizen ‘gali’ isu lama
Di X, wargamaya mula meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan daripada wanita terbabit. Ada segelintir netizen yang mengaitkan dengan tindakan wanita itu yang sering berkongsi video sedang berzumba.
Selain itu, pengikut media sosial turut mengungkit kisah lama wanita terbabit yang pernah meluahkan rasa marah gara-gara anaknya dipandang serong kerana menangis di kedai makan.
Haruslah pakai telekung.
Bukan dia ke yang kena kecam pergi bercuti bilik satu malam berharga RM3,000 masa Palestin kena serang awal-awal haritu. Tahu pula balas, ‘anak-anak saya berhak bahagia.’
Dia pun kaki joget zumba. Rakyat Palestin kena bunuh, boleh pula kau berzumba.
Bukankah dia juga yang viral isu anak-anak dia bising dalam kedai makan hari itu. Yang dia suruh orang lain makan kat rumah jika tak suka budak-budak bising?
Sumber: X