Gambar sekadar hiasan
Seorang pempengaruh media sosial telah ditipu dengan tawaran kerja di Facebook (FB) dan dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM16,799.
Artikel Berkaitan: Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan, Wanita ‘Putih Mata’ Hilang Wang Simpanan Cecah 5 Angka
Artikel Berkaitan: Akibat ‘Love Scam’, Wanita Rugi Lebih RM150,000
Dijanjikan komisen lumayan
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa adalah seorang wanita tempatan telah diperangkap oleh sindiket penipuan pekerjaan apabila dia ditawarkan kerja di dalam talian sebagai ‘live-host’.
Difahamkan mangsa tertarik untuk memohon pekerjaan tersebut apabila melihat iklan di Facebook (FB) yang menawarkan komisen sebanyak RM1000 dengan minima kerja 30 jam seminggu.
Ketua polis menjelaskan bahawa mangsa tertarik dengan tawaran berkenaan dan berhubung dengan akaun Facebook (FB) itu kemudian mendaftarkan diri menerusi satu aplikasi.
Dia kemudian diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.
Namun, semasa melakukan transaksi pembayaran, mangsa berusia 28 tahun itu mendapati wang di dalam akaun banknya lesap setelah berlaku permindahan wang dalam jumlah yang besar.
Mangsa seterusnya mengisi maklumat peribadi perbankannya serta kata laluan untuk membayar caj pendaftaran berkenaan melalui aplikasi yang diberi namun aplikasi itu memberi mesej proses pembayaran tidak berjaya.
Sebaliknya, mangsa menerima mesej notifikasi bahawa terdapat transaksi pemindahan wang berlaku tanpa pengetahuannya.
Susulan kes tersebut, pihak polis menasihati agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan lumayan di laman sosial.
Sumber: Kosmo