Seorang wanita terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila terpedaya dengan sindiket penipuan kerja sambilan secara atas talian, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Mangsa Sindiket Penipuan Bersyukur Diselamatkan Dari ‘Pusat Neraka’ – ‘Kami Diugut Makan Babi, Tikus & Rogol’
Artikel Berkaitan: Akibat ‘Love Scam’, Wanita Rugi Lebih RM150,000
Hilang semua duit simpanan
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita bernama Fyqa Zainol mendedahkan kisah malangnya yang membuat keputusan ‘bodoh’ untuk menyertai satu kerja sambilan. Menurut wanita berkenaan, dia ditugaskan untuk menempah bilik hotel dan perlu membuat pembayaran yang dikatakan akan dikembalikan semula beserta komisen.
Aku baru balik dari balai polis dan bank untuk lapor tentang kebodohan aku. Tak payah kecam-kecam, ini memang bodoh aku sebab join part time job.
Bukan itu sahaja, Fyqa turut menceritakan modus operandi si scammer yang baru sahaja dilaluinya dan bagaimana dia menanggung kerugian berjumlah lima angka itu secara terperinci.
Semua duit yang saya gunakan adalah wang simpanan sendiri, termasuk dalam akaun Tabung Haji. Akhirnya saya buat laporan polis pada Ahad. Polis kata banyak sangat kes macam ni. Saya trauma sebab dah tak ada duit langsung.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai orang. Ketika meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati selain turut mendedahkan pengalaman mereka di ditipu agensi kerja sambilan.
Video
@fyqaazainol Minggu terpaling down. Hilang semua duit dalam account. Tak sanggup nak sebut berapa K. Doakan semoga boleh dapat balik duit ni sikit untuk teruskan hidup ? trip.com #parttimejob #scammer #spreadawareness #call997 #scammeralert
Sumber: Fyqaa Zainol