Seorang ‘influencer’ atau pempengaruh telah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video reviu makanan di sebuah kedai cendol yang terletak di Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan: Gurau Nak ‘Cium’ Mulut Isteri Depan Rakan, Netizen Sekolahkan Suami ‘Influencer’ – ‘Boleh Sabar Sikit Tak’
Cendol paling sedap?
Pempengaruh wanita itu berkongsi rakaman sedang makan cendol di kedai yang difahamkan pemiliknya bukan beragama Islam.
Katanya cendol paling sedap kat Penang.
Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi yang kurang senang.
Rata-rata warganet terutama penduduk tempatan menyatakan mereka sendiri tidak pernah berkunjung ke kedai itu kerana sangsi dengan status halal.
Ada juga pengguna media sosial yang ‘kembang tekak’ ketika melihat ‘influencer’ itu menikmati keenakan cendol yang dibeli.
Mana halal!
Di samping itu, Ustaz Abdullah Khairi juga tertarik untuk meninggalkan komen. Katanya, dia tidak pernah teringin untuk makan di situ biarpun merupakan anak jati Pulau Pinang.
Sehingga artikel ini ditulis, pempengaruh bertudung itu masih belum memadam video terbabit serta memberi sebarang kenyataan.
Sumber: TikTok