Usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Sara telah selamat mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.
Sara Anna dah kahwin
Sara Anna atau lebih dikenali dengan nama Darling Sara yang sebelum ini pernah tular disebabkan kenyataannya yang mengaku tidak suka akan lelaki Melayu telah berkongsi berita perkahwinannya itu di Instagram.
Usahawan yang turut dikenali dengan penampilannya yang seksi itu telah sah bergelar isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Netherlands iaitu, Jasper.
Difahamkan, pasangan itu bertemu di Bali, Indonesia sebelum menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Menerusi tinjauan OhBulan!, pasangan sering meluangkan masa bersama-sama dengan bercuti di pelbagai negara.
‘Semoga bahagia dan perkahwinan kekal hingga ke syurga’
View this post on Instagram
Sementara menjengah ke ruangan komen, orang ramai termasuk pelakon, Zarina Anjoulie mengucapkan tahniah kepada Sara yang kini berusia 31 tahun dan Jasper atas ikatan perkahwinan mereka.
Tahniah sis, lama follow sis tertanya juga bila nak kahwin. Semua dah ada, suami je tak ada. Dah sekarang officially bini orang
Weh tahniah! Padan muka orang yang mengata tu, hello dia sold okay? kau yang sibuk mengata tu tengah mencari jantan lagi ke atau jantan tak ada nak cari kau
Alhamdulillah sis setelah lama berkahwin, akhirnya bernikah juga. Lepas ni dah halal tak apa.
Netizen yang komen sebelum ni macam mereka terpaling suci jalan syurga tu mana eh, tak ada nak ucap Alhamdulillah ke
Tahniah Sara, semoga bahagia dan perkahwinan kekal hingga ke syurga.
Sebelum ini Sara menerima kecaman hebat daripada orang ramai susulan perkongsiannya di media sosial yang memaparkan kemesraan dan gaya hidup bersama Jasper yang dilihat seperti suami istero meskipun ketika itu mereka dipercayai belum mendirikan rumah tangga.
Sumber: Instagram Sara Anna