Pempengaruh islamik yang dikenali sebagai Ustaz Tido memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam dan didakwa tidak mempunyai tauliah mengajar agama.
Artikel Berkaitan: Stesen Radio Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Tidak Akan Muncul Dalam Segmen ‘Don Give Up’
Artikel Berkaitan: Doktor Dari Terengganu Mohon Maaf Tuduh Ustaz Azhar Idrus Tidak Bertauliah, Sedih Klinik Diboikot
Mengaku tiada tauliah
Mengaku perkara tersebut, pempengaruh itu berkata dia akan berusaha untuk mendapatkan sijil tauliah mengikut saluran yang betul.
Baiklah saya mengaku tak ada tauliah. Hanya belajar sekolah agama biasa. Saya tak layak digelar ustaz sebab tiada tauliah dan tak mengaji agama tinggi hingga menara gading.
Insya-Allah saya akan usaha dapatkan tauliah mengajar al-Quran.
Pempengaruh berkenaan memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, dia juga bertindak menukar nama akaunnya kepada ‘Bro Tido’.
Jadi saya akan tukar nama panggilan saya dari Ustaz Tido kepada Bro Tido.
Tapi saya tetap akan tetap mengajar Quran dan berdakwah untuk followers saya.
Sementara itu, pempengaruh tersebut turut menjelaskan maksud ‘tido’ kepada pengikutnya.
T- taklim, I-iman, D-dakwah dan O-orang.
Terdahulu, pempengaruh berkenaan dikecam apabila meminta pengikutnya membuka kamera dengan alasan mahu melihat pergerakan bibir ketika mengajar mengaji menerusi satu sesi siaran langsung.
Selain itu, aksi dia menari sebelum memulakan sesi mengaji juga diselar segelintir netizen.
Sumber: TikTok