Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran buat rakan selebritinya, Ajak Shiro menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Isteri Ajak Shiro Dimasukkan Hospital Kerana Ulang Alik Lebih 152 Kilometer Setiap Hari
‘Aku pernah selamatkan kau kat pulau’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menitipkan ucapan tersebut sambil memuat naik video dirinya yang sedang berada di dalam sebuah helikopter.
Menurut Shuib, video tersebut diambilnya ketika sedang menyelamatkan Ajak yang ‘terkandas’ di sebuah pulau.
Selamat hari lahir, sahabatku Ajak Shiro. Semoga yang baik-baik untuk kau di dunia dan di akhirat.
Ingat, aku pernah selamatkan kau masa kau terkandas kat pulau. Terus sukses dunia akhirat.
Hantaran pelawak berusia 39 tahun itu turut mendapat respon daripada Ajak yang menitipkan ucapan terima kasih buat Shuib atas doanya itu.
Ajak juga berdoa agar ukhwah persahabatan antara mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
‘Bukan terkandas betul pun’
Dalam pada itu, Ajak menafikan dirinya ‘terkandas’ di sebuah pulau dan diselamatkan oleh Shuib dengan menggunakan helikopter.
Memetik laporan Harian Metro, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memaklumkan bahawa gambar yang dimuat naik itu merupakan sesi latihan anjuran Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang disertai mereka tahun lalu.
Ia sebenarnya latihan pemantauan di laut yang dianjurkan APMM tahun lalu sempena sambutan hari khas mereka.
Saya dan Shuib dijemput untuk bersama-sama mereka, ditunjukkan peralatan yang mereka gunakan dan diajak turut serta untuk sesi latihan bagi menghebahkan mengenai agensi ini kepada masyarakat.
Saya jadi mangsa yang terkandas di pulau dan Shuib menyelamatkan saya dari helikopter, siap dipasang dengan peralatan keselamatan.
Sumber: Instagram, Harian Metro