berita

Ingat Lagi Video Viral Lelaki Acah Nak Bagi Duit Raya? Ini Respon Dari Ayah Mangsa. Haa Gasak Lah Kau!

June 19th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sejak dari 1 Syawal beberapa hari lalu, beberapa perkara yang tidak enak tular di sosial media dan antaranya adalah video seorang lelaki bergurau kasar dengan beberapa orang kanak-kanak yang ketika itu sedang berjalan di tepi jalan. Apa yang menjelikkan adalah cara lelaki itu bergurau sangat kasar dan susulan dari isu itu, individu tersebut telah mendapat kecaman dari netizen. Rata-ratanya menganggap gurauannya itu tidak kelakar langsung.

Beberapa hari selepas video itu viral di Twitter, ayah kepada salah seorang dari kanak-kanak itu naik angin di Facebook.

Lawak bangang, tak kelakar

https://www.facebook.com/blogtehpanas/posts/812488855608709

Video diatas telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter beberapa hari lalu. Baginya gurauan itu dapat menggelikan hati netizen namun perkara sebaliknya berlaku. Ramai yang mengutuk perbuatan lelaki itu dan menganggap ia nya keterlaluan.

Ini respon dari ayah kepada salah seorang mangsa.

Menerusi laman Facebook Shahrulnizam Jaafar, bapa kepada kanak-kanak dalam video itu meluahkan rasa sedih dan marah kerana anaknya diperlakukan sebegitu. Manakala di ruangan komen pula mengatakan Shahrulnizam bekerja di Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berdasarkan siasatan netizen, lelaki itu telah pun memadam akaun Twitter miliknya. Berani buat, berani tanggung la bro. Good luck!

Sumber: Facebook Shahrulnizam Jaafar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×