berita

‘Ingat Mereka Sembang Pasal Kucing’ – Ibu Tergamam Bila Dapat Tahu GF Anak Dah Hamil 7 Bulan!

December 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi Facebook, Syed Azmi yang terkenal sebagai seorang aktivis kemasyarakatan berkongsi luahan seorang ibu selepas mendapat tahu anak lelakinya yang berusia 17 tahun telah mengandungkan seorang remaja perempuan yang dikenalinya sejak dua tahun lalu. Lebih menggusarkan hati, anaknya langsung tidak ambil peduli mengenai apa yang telah berlaku.

Tak sekolah sejak 12 tahun

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perbualan Syed Azmi bersama ibu lelaki tersebut, wanita itu memberitahu bahawa dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Namun, dia akan keluar dari rumah sekiranya mempunyai urusan dan menghantar suami dan anak-anak ke tempat kerja. Menurut wanita tersebut, dia menghubungi Syed Azmi kerana risau akan masalah anaknya yang enggan berubah menjadi lebih baik terutama apabila kekasihnya telah disahkan hamil.

Bercerita mengenai kelakuan anak lelakinya itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa anak ketiga daripada lima orang adik beradik itu sudah tidak bersekolah sejak usianya 12 tahun. Ini kerana, anaknya merupakan seorang yang nakal dan suka mengganggu rakan-rakan yang lain. Meskipun, mereka sekeluarga telah berjaya untuk memujuknya supaya kembali ke sekolah, sikap remaja itu masih tidak berubah malah menjadi lebih teruk.

Dua tahun kenal

Sekadar gambar hiasan

Mengulas semula mengenai bagaimana wanita tersebut boleh berkenalan dengan teman wanita anaknya, wanita itu memberitahu bahawa mereka sudah kenal sejak dua tahun yang lalu. Teman wanita anaknya itu juga dipercayai sering datang ke rumah dan sudah dianggap seperti anak kandung sendiri. Namun, wanita tersebut tidak sangka bahawa teman wanita anaknya itu sudah mengandung.

Kakak kenal dengan perempuan ni sebab selalu datang rumah. Pernah satu kali anak minta izin untuk bawa teman wanitanya tidur di rumah. Tapi kakak tak bagi sebab tak manis kalau orang nampak. Kakak memang larang dia tapi tak tahu la pula bila kakak keluar dia bawa masuk. Mereka kenal dah dua tahun rasanya.

Sebagai ibu, kakak nampak perubahan fizikal pada remaja tersebut. Di samping itu, kakak ada terbaca Whatsapp mereka berdua mengenai pregnancy. Oleh itu, kakak bertindak untuk bertanya adakah remaja itu sedang hamil. Ternyata jawapan ya, membuatkan akak terkejut dan pada waktu itu perasaan akak bercampur baur. Akak ingat mereka bersembang mengenai kucing kerana remaja tersebut membela kucing.

Disoal mengenai bagaimana wanita itu boleh mengetahui teman wanita anaknya itu mengandung, wanita tersebut memaklumkan bahawa naluri seorang ibu kepada lima orang anak menyebabkan dia terdetik untuk bertanyakan soalan tersebut kepada remaja perempuan itu. Tambahnya, dia pernah membaca kiriman Whatsapp yang dihantar oleh remaja tersebut kepada anaknya. Pada masa tersebut, mereka berbicara mengenai mengandung dan isu ‘ambil anak’. Lebih luluh, naluri tersebut adalah benar kerana remaja itu memberitahu bahawa dia sudah tidak datang bulan lagi.

Bawa pergi klinik

Sekadar gambar hiasan

Sebaik sahaja mengetahui remaja tersebut mengandung, wanita itu bertindak untuk bersemuka dengan ibu remaja tersebut dan berbincang mengenai anak mereka. Ibu remaja tersebut merupakan seorang ibu tunggal dan dia meluahkan hasrat untuk melihat anak gadisnya itu meneruskan pengajian sebaik sahaja proses bersalin selesai. Mereka turut bersepakat untuk membawa remaja itu menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan.

Semasa di klinik, doktor memberitahu bahawa remaja tersebut sudah hamil tujuh bulan. Dia dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan. Namun, doktor meminta keluarga remaja perempuan tersebut membuat laporan polis. Ini kerana, remaja tersebut dipercayai hamil sebelum usianya cukup 16 tahun. Mengikut undang-undang, remaja yang hamil belum cukup usia 16 tahun dikira rogol.

Risau mendengar nasihat yang disarankan doktor, kedua-dua belah pihak buntu memikirkan langkah seterusnya untuk anak mereka. Tambah ibu kepada pihak lelaki, anaknya seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku malah, masih tidak berubah dan tidak bertanggungjawab. Kecewa dengan sikap anak lelaki sendiri, wanita itu menghubungi Syed Azmi dan bertanyakan pendapat mengenai situasi yang sedang dihadapi olehnya.

Perlu buat laporan polis

Menurut Syed Azmi, keluarga pihak perempuan perlu membuat laporan polis bagi kes tersebut tetapi mereka perlu menyatakan sekiranya tidak mahu sebarang tindakan diambil kepada remaja lelaki tersebut. Ini kerana, kedua-dua belah keluarga mempunyai hubungan yang sangat baik. Malah, ibu lelaki tersebut didakwa turut menyatakan akan menanggung segala kos perbelanjaan remaja itu sehingga bersalin.

Sepatutnya sejak 12 tahun pun kena mengubah hidup dia. Adakah sesiapa bercakap dengan dia dan sembang pasal mengandung? Puan kena bagitahu dia mengenai kesalahan dan dosa yang dilakukan. Kes ini mungkin kawan-kawan jadi cikgu baru anak puan sebab dia ambil pengajaran daripada kawan-kawan. Apapun puan tak boleh lepas dia sebab dia masih mengharapkan puan dan suami.

Di samping itu, Syed Azmi turut memberi nasihat buat ibu lelaki tersebut agar memberi penjelasan kepada anaknya mengenai apa yang sudah berlaku. Tambahnya, wanita itu perlu memberitahu kesan yang bakal terjadi sekiranya keluarga perempuan tersebut membuat laporan polis. Ujar Syed Azmi lagi, dalam kes tersebut, wanita itu sudah lambat untuk mengubah hidup anaknya. Jelasnya lagi, segala teguran dan penerangan perlu dilakukan ketika remaja lelaki itu berusia 12 tahun bukannya sekarang. Syed Azmi juga berharap wanita tersebut dapat memberitahu perbezaan kepada anaknya mengenai apa yang salah dan apa yang benar. Malah, Syed Azmi yakin remaja tersebut masih mempunyai rasa hormat terhadap ibu bapanya dan mampu sedar akan dosa yang dilakukan.

Sumber: Syed Azmi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×