Di Instagram, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad reda dan menganggap tiada rezeki untuk menimang cahaya mata keempat apabila isterinya Zira Ayub mengalami keguguran, semalam.
Tak ada rezeki
View this post on Instagram
One of my memorable birthday i had. Ingat tambah lagi family member, tapi tak ada rezeki pula. InsyaAllah ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi @nabilzira. Allah is the best of planners. Love u sooo much daddy mika babyna mishall and friends too for sending me macam-macam. Guys, Thanks.
Menerusi video reels yang dimuat naik, Zira berkongsi berita sedih itu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-33. Menurut Zira, niat untuk menambah seorang lagi cahaya mata tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran. Jelas Zira, mereka berdua mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata lelaki pula kerana sebelum ini mereka telah dikurniakan tiga anak perempuan.
Sanah helwah isteriku
Sannah helwah isteriku yang dicintai dan disayangi ALLAH S.A.W, daddy doakan jadi isteri yang Solehah dan menjadi asbab kebaikan untuk umat!! We love u So much.
Meskipun sedih, Zira bersyukur kerana suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Di samping tu, Zira turut menerima pelbagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya kali ini.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Zira dan mereka mendoakan supaya impian pasangan tersebut untuk memiliki cahaya mata lelaki dimakbulkan oleh Allah.
Sumber: Zira Ayub