Sejak dari semalam kecoh di media sosial rakaman video lucah yang didakwa mirip Zul Ariffin. Video yang tersebar di laman twitter itu mula mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan aksi kurang sopan tersebut.
Terbaru, menerusi xtra pelakon kacak itu menafikan individu di dalam video tersebut adalah dirinya. Menurutnya ianya disunting dan ini bukan kali pertama dia menjadi mangsa.
Mangsa teknologi
Kalau sebelum ini, Zul Ariffin pernah mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa memuatnaik gambar kemaluan lelaki menerusi pos IG.
Bukan kali pertama terkait dengan isu sebegini, Zul menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’. Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.
Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’. Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik saja.
Ingatkan ahli politik sahaja kena
Untuk makluman semua teknologi ‘deepfake’, mampu menggantikan wajah individu persis atau sesiapa sahaja dalam sebuah klip video. Dalam pada itu, Zul mengakui berasa sedih kerana menjadi mangsa teknologi dan berharap artis lain juga berhati-hati.
Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati.
Betul ke video edit?
Sementara itu di Twitter, seorang individu dikenali sebagai shfitrii meragui keaslian video tersebut dan turut mengaitkannya dengan teknologi ‘deepfake’. Kenyataan itu dipersetujui oleh pengguna lain yang turut berkongsi pandangan sama mengenai gadis sedemikian.
Namun, tak kurang juga yang setuju video lucah itu milik pelakon tersebut. Apa apa pun kita tak perlu la masuk campur soal ini. Betul tak?
Sumber : xtra