Sekadar gambar hiasan
Ingatkan bawa berjalan, sekali tempat lain pula yang dibawa! Seorang wanita berasal dari Indonesia, berusia 69 tahun, dikenali sebagai Trimah sama sekali tidak menyangka ketiga-tiga anak tersayang ‘tergamak’ menghantarnya di rumah jagaan orang tua.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila warga emas ini mendakwa dia sama sekali tidak mengetahui rancangan tersebut dari awal.
Pasrah dan akur dengan kemahuan anak-anak
Foto: Kompas.Com
Memetik laporan Kompas.Com, warga emas ini dikatakan telah dihantar sendiri oleh anak-anaknya ke rumah jagaan warga emas di Griya Lansia Husnul Khatimah di Kecamatan Wajak pada 27 Oktober yang lalu. Setibanya di situ, dia hanya mampu pasrah dan akur dengan kehendak anak-anaknya dan akui kecewa dengan nasib yang menimpanya.
Mak, hati-hati sabar.
Mengulas lebih lanjut, warga emas ini gagal menahan sebak mengenangkan nasibnya yang ditinggalkan anak kandung sendiri di pusat rumah jagaan warga emas. Apa yang lebih menyedihkan, apabila warga emas ini tidak dapat berjalan seperti biasa berikutan mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Mudah-mudahan dia (anak-anaknya) masih ingat mempunyai ibu bapa.
Tetap doa yang terbaik buat anak
Sekadar gambar hiasan
Walaupun diperlakukan sedemikian rupa, wanita cekal ini masih menitipkan doa buat anak-anaknya. Difahamkan, dia mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang menetap di Jakarta dan Pekalongan, Jawa Tengah.
Dia sebelum ini pernah tinggal bersama anaknya di Pekalongan sebelum berpindah ke Jakarta dan kembali tinggal di rumah sewanya sehingga kontrak rumah tersebut tamat. Bercerita lebih lanjut, wanita ini akui selesa berada di rumah jagaan tersebut dan tidak lagi mahu dijemput oleh anak-anaknya.
Sumber: Kompas.Com