berita

‘Ingatkan Orang Tak Betul, Dengan Penuh Lumpur Satu Badan…’ – Rupa-Rupanya….

December 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azizi Azizanberkongsi satu detik yang ‘mengejutkan’ apabila didatangi dengan seorang mangsa kemalangan. Kemalangan tersebut yang menimpa lelaki itu, berlaku di bulatan Airport Subang.

Ingatkan orang tak betul

Foto: Azizi Azizan

Ingatkan orang tak betul mai dengan penuh lumpoq 1 badan, dia cakap kemalangan. Dia kata rasa macam dah 3 hari pengsan. Bila call mak dia, mak dia cakap bru keluar rumah semalam. . rupanya dia pengsan.. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurmu..

Menurut posting tersebut, kereta yang dipandu lelaki tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki longkang besar. Namun, kejadian itu tidak disedari oleh orang ramai akibat keadaan longkang tersebut yang agak dalam dan waktu kejadian yang gelap.  Azizi ketika itu sempat, memberi air kepada mangsa tersebut sebelum pihak hospital datang memberikan rawatan. Kejadian tersebut dipercayai terjadi tengah malam semalam.

Difahamkan mangsa telah pengsan selama semalaman akibat kemalangan tersebut sebelum dia berjaya keluar dari kereta berkenaan. Menurut penjelasan Azizi di ruangan komen, mangsa ketika itu, datang kepadanya di Pejabat Pos tempat di bekerja. Mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian tangannya.

Alhamdulillah

Posting tersebut telah meraih komen dan dikongsi sebanyak 1.8k daripada warganet yang memuji tindakan lelaki tersebut kerana membantu mangsa. Tambahan pula, terdapat juga komen yang memanjatkan rasa syukur kerana mangsa terselamat daripada kemalangan itu.

Sumber: Azizi Azizi

SKIP THIS AD ×