Selepas sekian lama mengunci mulut soal kehamilan, selebriti terkenal, Noor Neelofa akhirnya membuka mulut berkongsi momen berharga itu kepada umum.
Artikel Berkaitan: Tengah Sarat Hamil, Peminat Puji Neelofa Masih Ligat Bekerja – ‘Rajin Berjalan Senang Bersalin Nanti’
Dekat dah nak bersalin
Menurut Neelofa, 33, berkata kandungannya sudah sarat dan dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Akui berasa gementar untuk melalui proses itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai menitipkan doa agar Allah permudahkan urusan bersalin.
Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini… kata orang tengah menghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.
Saya akui gementar menanti proses ini. Terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.
Bercerita mengenai persiapan kedatangan ahli baru dalam keluarga, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkata dia banyak bertanya tips dan nasihat daripada ahli keluarga selain membaca buku.
Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan… itu satu perjalanan yang cukup berbeza.
Mental juga perlu bersedia dengan banyak membaca dan bertanya nasihat daripada ahli keluarga kami. Barangan baby pun semua dah siap.
Nak bersalin normal
Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot memberitahu anak pertamanya itu akan dilahirkan di Kuala Lumpur. Seperti ibu di luar sana, bekas pengacara program MeleTOP ini berharap diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.
Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur sahaja.. Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Foto: Instagram @kakifoto_