berita

Ingin Jadi Pemetik Buah Di Luar Negara? Baca Ini Sebelum Terlambat

December 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Mungkin aktiviti memetik buah diluar negara seperti Australia, New Zealand dan Korea sudah biasa didengar oleh rakyat Malaysia. Pekerjaan ini dikatakan membuahkan hasil yang agak lumayan.

Namun begitu, ramai juga yang telah menjadi mangsa skim penipuan yang semakin berleluasa sejak tahun 2016. Mereka ditawarkan peluang pekerjaan dengan bayaran serendah RM3, 999.

Jangan mudah tertipu dengan tawaran lumayan

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat Malaysia supaya jangan mudah tertipu dengan tawaran lumayan ‘kerja sambilan’ seperti memetik buah di luar negara.

Beliau menegaskan sesiapa yang ingin mencari rezeki di luar negara, harus mengkaji latar belakang serta kesasihan pekerjaan dan tawaran tersebut.

Siapa pun yang nak mencari kerja di luar sana macam di Australia, dia kena semak dahulu, sebab kadang-kala ada orang menaja di mana dia pungut duit dengan tujuan supaya mereka ini masuk kerja di sana.

Tapi mungkin tidak berikan maklumat tepat bila masuk ke sana mereka tidak mempunyai dokumen dan syarat yang ditetapkan maka mereka ditahan.

Muhyiddin mengulas semula laporan lapan rakyat Malaysia yang ditahan di Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF), melalui sidang media Sambutan Hari Imigresen 2018 di Putrajaya.

Difahamkan dua daripada mereka terbabit dalam pengurusan sebuah sindiket eksploitasi pekerja di negeri New South Wales.

Mereka yang ditahan kini ditempatkan di depoh tahanan Imigresen, sebelum dihantar pulang. Dalam pada itu, Muhyiddin sedang menunggu laporan lengkap dari Kedutaan Malaysia di Australia berkenaan kes tersebut.

Kementerian Luar biasa akan dapatkan maklumat dan lepas itu kita akan tengok apa yang boleh buat untuk bantu mereka.

Diharapkan masyarakat lebih berhati-hati dalam memilih bidang pekerjaan supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah ejen-ejen yang tidak sah.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×