berita

‘Ingin Mati Kerana Tidak Tahan Sakit Di Bahagian Kepala’ – Pesakit Kanser Maut Terjun Bangunan

December 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Didakwa tertekan dengan penyakit kanser tiroid tahap empat, seorang lelaki berusia 55 tahun, telah bertindak terjun dari tingkat empat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala.

Tiada unsur jenayah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan iaitu Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang petani itu ditemui dalam keadaan meniarap di atas tanah berhampiran lobi hospital pada pukul 2.25 petang.

Mangsa dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan HTAA yang menyebabkan kecederaan di kepala, tengkuk, mulut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dikesan. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat. Mangsa juga mengadu kepada isterinya ingin mati kerana tidak tahan dengan kesakitan di bahagian kepala

Tambah beliau lagi, mangsa telah menerima rawatan dan berada di wad hospital berkenaan sejak 16 Disember lalu. Menurut isteri mangsa pula, suaminya menghidap kanser tiriod tahap empat sejak setahun yang lalu dan mangsa sering ke hospital untuk menjalani rawatan kemoterapi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×