Setiap insan mempunyai cita-cita dan sudah semestinya mahukan kejayaan dalam kehidupan. Oleh itu, sebagai langkah permulaan, kebanyakan anak muda akan mula mendaftarkan diri di pusat pengajian bagi menimba ilmu.
Namun, faktor yang seringkali mengundang rasa gundah di hati mereka apabila memikirkan kos perbelanjaan yang harus dilaburkan untuk segulung kertas sebagai penentu masa depan mereka.
Oleh itu, tawaran Biasiswa Fair & Lovely berjumlah RM 200,000 ini adalah peluang keemasan yang harus dikejar untuk menampung kos pembelajaran di universiti yang semakin meningkat sekarang ni!
Biasiswa Fair & Lovely berjumlah RM200,000? Wow!
Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya program Biasiswa Fair & Lovely ini sudah dimulakan sejak tahun lepas lagi apabila seramai 40 orang graduan muda daripada universiti tempatan telahpun menerima biasiswa mereka.
Dek kerana sambutan yang menggalakkan, Biasiswa Fair & Lovely ini diteruskan lagi untuk tahun 2017 dengan jumlah yang sama iaitu RM200,000 kepada 40 orang graduan wanita
Apa syarat untuk mohon Biasiswa Fair & Lovely?
1) Sedang menjalani program diploma atau ijazah di universiti tempatan
2) Memperolehi CGPA minimum 3.0
3) Aktif dalam aktiviti kokurikulum
Macamana nak mohon Biasiswa Fair & Lovely?
Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi Fair & Lovely bermula dari 6 Januari sehingga 30 April 2017. Caranya? Mudah je iaitu:
Langkah 1: Pemohon perlu menghantar permohonan beserta esei ringkas ataupun video yang menyatakan kenapa mereka layak menerima Biasiswa Fair & Lovely ini.
Langkah 2: Pemohon perlu mengundi untuk universiti mereka. 40 pelajar terbaik akan dipilih daripada 3 universiti terlibat yang mendapat undian tertinggi.
Langkah 3: Pemohon boleh mendapatkan sampel percuma semasa permohonan di laman sesawang yang sama.
Takde idea macamana nak buat esei atau video? Nah, cuba tonton video Biasiswa Fair & Lovely 2017: Kisah Aspirasi Seri ni. Mana tahu muncul idea best-best!