Sekadar gambar hiasan
Seorang individu bernama Khadidja O telah dibunuh dengan kejam oleh seorang suspek yang memiliki wajah serupa dengannya. Kejadian tersebut berlaku di Berlin.
Artikel berkaitan: ‘Saya Tikam Kepala & Perut, Saya Nak Mereka Mati’ – Model Bunuh Bapa Dengan Penukul, Tikam Adik Angkara Laptop
Artikel berkaitan: Syak Suami Curang, Isteri Naik Hantu Selamba Tikam & Gigit Kemaluan Suami
Artikel berkaitan: Isteri Meroyan Cekik Tiga Anak Sampai Mati, Suami Minta Netizen Berhenti Kecam
Mahu memalsukan kematian sendiri
Suspek dikenali sebagai Shahraban K melakukan jenayah tersebut dengan niat memalsukan kematiannya sendiri akibat masalah keluarga. Menurut polis, suspek telah membuka sebuah akaun Instagram palsu dan memerangkap mangsa untuk bertemu dengannya. Sebelum itu, suspek dan teman lelakinya telah menawarkan kepada mangsa tentang produk kecantikan.
Suspek dan teman lelakinya kemudian memandu ke kawasan hutan lalu meninggalkan mayat mangsa yang ditikam berkali-kali itu di dalam sebuah kereta Mercedes berhampiran dengan kawasan perumahan teman lelakinya. Suspek berbuat demikan kerana cuba mengelirukan keadaan seolah-olah dia yang dibunuh.
Ibu bapa suspek tertipu
Sekadar gambar hiasan
Suspek memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia akan berjumpa bekas suaminya namun tidak pulang sehingga ibu bapanya mencarinya ke bandar. Setelah ‘mayat’ ditemui, bedah siasat telah dilakukan.
Hasil bedah siasat berserta ujian DNA telah mengesahkan bahawa mayat itu adalah mayat Khadidja (mangsa) dan bukannya Shahraban (suspek).
Terdahulu pihak polis memaklumkan bahawa tiada sebarang senjata yang ditemukan tetapi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa suspek dan teman lelakinya terbabit dengan pembunuhan itu.
Sumber: Independent