Lepas dah sebulan berpuasa, masa raya lah nak balas dendam dan makan semua makanan kan? Faham-faham jelah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol tu! Sedap memang sedap tapi dalam tak sedar tu, berat pun naik berkilo-kilo. Adoi!
Ish..ishh..nak makan boleh, tapi berpada-pada dan pastikan korang kawal pengambilan makanan korang tu. Nak lagi bagus, korang gantikan bahan masakan tu dengan ramuan yang lebih berkhasiat dan dalam masa yang sama masih mengekalkan keenakan juadah raya korang nanti!
Jom kami kongsikan!
Gantikan santan dengan susu badam?
Santan ni memang bahan yang wajib dalam masakan rakyat Malaysia. Tanpa santan dalam rendang atau kari memang kurang kick! Tapi sekali sekala apa salahnya kalau korang gantikan santan dengan bahan yang lebih berkhasiat seperti susu badam!
Selain itu, susu badam juga mempunyai kalori yang sangat sedikit iaitu 17kcal setiap 100 gram berbanding santan.
Caranya, korang rendam 1 cawan badam semalaman, kemudian kisar dengan air suam atau susu. Tapis dulu sebelum masukkan ke dalam masakan kari, gulai atau rendang. Sedap tau!
Garam bukit vs garam putih
Tanpa garam, masakan apapun takkan menjadi sedap. Tapi kalau berlebihan garam, boleh jadi darah tinggi pulak!
Nak lagi sihat, korang boleh gantikan garam putih yang selalu korang guna tu dengan garam bukit (pink salt) dalam masakan. Memanglah mahal sikit, tapi garam bukit ni tidak diproses dan mempunyai jumlah mineral yang tinggi tau!
Greek yogurt sebagai alternatif sour cream!
Sour cream atau krim masam memang akan meningkatkan keenakan kek, biskut atau pemanis mulut tapi ia mengandungi kalori yang tinggi tau!
Senang je, korang boleh gantikan krim masam dengan greek yogurt. Selain kalorinya yang lebih rendah, greek yogurt juga dapat memberikan lebih banyak protein daripada krim masam biasa.
Tukarkan dari marjerin ke mentega!
Bila nak buat biskut raya, mestilah kena ada marjerin. Tapi, tahukah korang yang marjerin sebenarnya mempunyai asid lemak trans yang sangat tinggi!
Untuk lebih sihat, korang boleh gantikan marjerin dengan mentega (butter) yang mempunyai banyak manfaat nutrisi semulajadi. Biskut pun akan jadi lebih rangup dan lemak!
Gunakan beras basmathi berbanding beras biasa!
Ramai yang tak makan nasi bila nak diet, kononnya nasi ni menggemukkan. Haa..tak betul tu! Sebenarnya nasi adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan berasaskan gandum.
Nasi juga tak mengandungi garam dan tinggi dengan protein yang diperlukan oleh tubuh. Nak lagi sihat, kawal jumlah pengambilan nasi dan gantikan dengan beras basmathi yang lebih sihat dan berkhasiat tinggi!
Pilihan kami, mestilah Beras Basmathi PusaCream Jasmine!
Kalau korang nak tahu, Beras Basmathi PusaCream Jasmine adalah beras basmathi premium berkualiti tinggi yang diproses untuk mengekalkan kandungan mineral dan vitamin semulajadinya. Ia juga tiada kolestrol dan bebas gluten serta mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dengan kandungan lemak rendah.
Beras Basmathi PusaCream Jasmine juga mengandungi protein, zat besi, selenium, tiamina dan niasin dan mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah. Secara tak langsung, ia dapat membantu mengawal tahap glukosa darah dan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.
Teksturnya yang berwarna krim keemasan, kering, gebu dan menjadi dua kali lebih panjang setelah dimasak juga membuatkan rasanya lebih lazat dan memberikan aroma yang enak untuk dinikmati seisi keluarga.
Tak hairanlah ia digemari oleh pakar makanan dan menjadi beras basmathi pilihan rakyat Malaysia! Malah, Masterchef Ezani dalam video masakannya iaitu Dapur Healthy, pun syorkan kepada kita semua untuk menggunakan Beras Basmathi PusaCream Jasmine dalam menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta semestinya enak!
Jom bertukar ke Beras Basmathi PusaCream Jasmine untuk kekal sihat Syawal ini!
Untuk lebih banyak tips tentang #StayFitJasmine, layari facebook @jasminefoodmy