Foto: Daily Star
Malang nasib yang menimpa seorang remaja, Jose Enerstor da Silva, 18, apabila kemaluannya dilaporkan terputus akibat digigit jerung ketika mandi di sebuah pantai di Piedade, Brazil.
Kemaluan digigit sehingga putus
Foto: Daily Star
Memetik laporan antarabangsa, mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan namun, pembedahan yang berlangsung selama tiga jam gagal menyelamatkan nyawa Jose Enerstor da Silva.
Ujar pihak Jambatan Bomba Recife, Rodrigo Matias mangsa sempat berenang bersama abangnya di pantai berkenaan yang memasang papan tanda amaran kehadiran jerung.
Ketika anggota penyelamat meminta mereka untuk kembali ke pantai, mangsa telah digigit jerung.
Susulan daripada itu, pasukan penyelamat berusaha sedaya upaya membantu mangsa bagi menghentikan pendarahan berikutan luka gigitan jerung pada pangkal paha mangsa.
Gigitan jerung itu telah telah menyebabkan tulang paha dan zakarnya cedera. Dia kehilangan banyak darah.
Berada dalam keadaan serius
Foto: Daily Star
Ujar Pengarah Hospital Restauracao Recife, Miguel Arcanjo mangsa tiba dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami luka yang sangat besar dan serius.
Selepas pembedahan berakhir pada jam 9.30 malam, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Dia kehilangan banyak darah, yang mana kita telah gantikan. Tetapi dia mengalami kejutan hipovolemik dan tidak menunjukkan tanda untuk pulih.
Ibu kepada mangsa menjelaskan dia sudah pun memberi amaran mengenai bahaya serangan jerung kepada anaknya namun Jose Enerstor da Silva didakwa pergi secara senyap berikutan tahu akan dimarahi oleh wanita berkenaan.
Sumber: Daily Star