Membuat pembelian secara dalam talian bukanlah sesuatu yang asing buat kita semua. Malahan, sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada Mac 2020, sektor ekonomi digital ini berkembang dengan pesat.
Walaubagaimanapun, membeli-belah secara dalam talian agak rumit kerana kita tidak dapat melihat sendiri produk tersebut tetapi dengan adanya review daripada pengguna sebelumnya kita boleh tahu keberkesanan produk tersebut.
Jadi, hari ini kita nak tengok senarai barangan mesra poket dengan rating 5 bintang di Watsons yang korang perlu cuba!
Ini 10 barangan dengan harga mampu milik dengan rating 5 bintang yang korang wajib beli!
Ha! Inilah senarai barangan daripada beberapa kategori yang wajib korang beli bila singgah dekat Watsons sebab produk-produk ini terbukti berkesan dan mempunyai rating yang tinggi. Kalau korang nak tahu, rating 5 bintang ni diberikan berdasarkan penilaian atau ulasan pelanggan mengenai kepuasan dan kualiti produk tu sendiri.
Kalau dah diberi rating sampai 5 bintang tu, maknanya semua produk ni memang bagus dan menjadi kegemaran ramai. Jom kami kongsikan antara produk-produk 5 bintang di Watsons yang korang mesti grab!
1. Watsons 3-in-1 Micellar Facial Cleansing Wipes 20S
Nak pergi mana-mana wajib bawa micellar wipes. Ye la, mudah nak tanggalkan mekap untuk solat. Lagipun, Watsons 3-in-1 Micellar Facial Cleansing Wipes dapat membersihkan kulit wajah korang sebersihnya dan ianya juga lembut pada kulit.
2. ORITA Flushable Disinfecting Wipes (Lemon) 75S
Sekarang ni penting untuk kita bersihkan dahulukan kawasan yang kita nak sentuh. Nak elakkan daripada kuman tak diingini. Korang kena cuba ORITA Flushable Disinfecting Wipes (Lemon) ianya berkesan untuk membunuh sehingga 99.9% bakteria dan baunya pun menyegarkan.
3. WATSONS Pure Water Spray
Kulit yang terdedah kepada penghawa dingin terlalu lama mudah untuk menjadi kering. Bagi korang yang mahukan kulit wajah yang sentiasa lembap dan fresh, korang boleh cuba Watsons Water Spray. Yang menariknya, water spray ini diformulasikan secara khusus di Perancis untuk memeberikan wajah korang kelembapan sepanjang hari.
4. Watsons Black Pearl Lustrous Smooth HA Mask 1S.
Tak tahu nak buat apa dekat rumah sepanjang PKP 3.0 ni? Apa kata korang manjakan diri korang dengan buat perawatan wajah dengan menggunakan face mask. Di Watsons, mereka ada 7 variasi face mask popular yang korang boleh cuba seperti dibawah.
- Watsons Black Pearl Lustrous Smooth HA Mask 1S
- Watsons Double HA Intensive Moisturizing HA Mask 1S
- Watsons Ginseng Optimal Repairing HA Mask 1S
- Watsons Colagen Rejuvenating HA Mask 1S
- Watsons Snail Intense Care HA Mask 1S
- Watsons Algae Hydro Purifying HA Mask 1S
- Watsons Bird’s Nest Ultimate Brightening HA Mask 1S
Menjaga kesihatan tubuh merupakan suatu kemestian. Justeru itu, pengambilan makanan yang sihat adalah penting. Justeru itu, amalkan pengambilan oat dalam diet harian korang kerana oat merupakan makanan bebas kolestrol. Tamban pula, Nutrabliss Organic Rolled Oat mudah disediakan.
6. Watsons Mouthwash Mint Bamboo Charcoal Herbal 500ml.
Pembersih mulut Watsons ni bebas alkohol dan mempunyai formula multi aksi, di samping dapat membentuk lapisan pelindung pada rongga mulut untuk kesihatan dan kebersihan mulut yang lebih baik.
Selain, daripada Watsons Mouthwash Mint Bamboo Charcoal Herbal 500ml. Ada lagi 6 variasi lain yang korang boleh cuba seperti di bawah.
- Watsons 10 In 1 Mouthwash 500ml
- Watsons Mouthwash Cool Mint 500ml
- Watsons Mouthwash Freshmint 500ml
- Watsons Herbal Mounthwash Greentea 500ml
- Watsons Kayu Sugi Herbal Mouthwash 500ml
- Watsons Shining White Mouthwash 500ml
7. Watsons Wild Berry Antibacterial Hand Sanitiser 60ml
Dalam situasi sekarang, penting untuk kita menjaga kebersihan. Membawa hand sanitiser merupakan satu kemestian kerana ini membolehkan kita membersihkan tangan kita pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira masa. Dapatkan Watsons Wild Berry Antibacterial Hand Sanitiser 60ml sekarang juga. Lagipun, saiznya yang kecil,memudahkan korang untuk letak hand sanitiser ni dalam bag tangan atau kereta korang.
8. WATSONS Body Wash Tea 1L
Menjaga kebersihan tubuh merupakan satu kemestian terutamanya dalam situasi sekarang. Penting untuk kita menggunakan gel mandian yang mampu membasmi kuman tetapi dalam pada masa yang sama lembut pada kulit agar kulit tidak menjadi kering. Jadi, pastikan korang cuba Watsons Body Wash White Tea kerana ianya gel mandian pilihan ramai dengan rating 5 bintang.
9. Watsons True Colour Lip Balm Rose Red 1.7G
Pemaiakan pelitup muka secara berterusan boleh menyebabkan bibir kita menjadi kering dan pecah-pecah. Bagi mengelakkan masalah ini, penggunaan Watsons True Colour Lip Balm Rose Red yang mengandungi Shea butter, lilin lebah dan Vitamin E yang membantu merawat dan melembapkan bibir.
10. NATURALS By Watsons Argan Shampoo 490ml
Diformulasikan dengan Margan Oil Argan, produk rambut rangkaian Naturals by Watsons membantu dalam menyuburkan dan menyihatkan rambut. Minyak argan, Vitamin E dan asid lemak yang terkandung di dalamnya juga dapat menyubur, melindungi, meningkatkan keanjalan rambut, di samping membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut.
Tambahan pula, produk keluaran NATURALS By Watsons Argan Shampoo menggunakan lebih 92% bahan natural dan ianya dijamin 100% vegan.
Diskaun sehingga 40% bagi barangan Watsons
Ha! Korang dah decide nak beli apa? Jangan lepaskan peluang untuk stock-up apa yang perlu sebab PKP 3.0 fasa 1 telah pun bermula. Tambahan pula, sekarang Watsons ada diskaun sehingga 40% untuk produk-produk 5 bintang terpilih.
Bukan itu sahaja, pihak Watsons juga menjanjikan pulangan wang kembali jika produk-produk ini didapati tidak berkesan atau tidak mencapai standard kualiti yang telah ditetapkan.
Justeru itu, Jom shopping di Watsons sekarang juga sama ada secara walk-in atau dalam talian dan jangan lupa follow Instagram diorang @watsonmy untuk info terkini.